Sunday, April 13, 2008

pemimpin yang penuh keraguan ...


Beliau yang paling dikenali kerana skandal seks rencam dengan beberapa wanita dan lelaki gay, kini adalah pemimpin Parti Keadilan Rakyat [ PKR ] . Di kemuncak kerjayanya, Anwar mendapat kepercayaan penuh Dr Mahathir sehingga diberi portfolio Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Namun, setelah diketahui hubungan Anwar dengan CIA, Bank Dunia dan pedagang matawang Yahudi lanjutan dari percubaan Anwar untuk mensabotaj usaha Dr Mahathir ketika krisis kewangan 1997, maka pihak risikan polis Special Branch telah mengumpul data yang meyakinkan Dr Mahathir untuk memikir semula perihal kedudukan Anwar dalam kerajaan.

Lebih memeranjatkan lagi, ialah laporan Special Branch tentang kegiatan tidak bermoral Anwar Ibrahim, bukan saja dengan wanita dan isteri orang tetapi juga dengan lelaki lembut dan gay. Telefon Anwar telah dipantau dan rakaman dibuat berkenaan hubungan Anwar dengan pasangan-pasangan seks beliau. Antara rakaman telefon yang paling jelas mengaitkan Anwar dengan perbuatan homoseks dan liwat ialah perbualan beliau dengan pereka fesyen Meor, seorang lelaki lembut yang telah dipujuk oleh Anwar untuk melakukan perbuatan yang terkutuk itu. Ismail Harun, Azizan, Sukma Dermawan, H dan beberapa lagi lelaki pasangan liwat Anwar juga turut tampil ke depan untuk membuat pengakuan - hanya apabila mereka merasa bebas dari cengkaman Anwar setelah beliau dipecat oleh Dr Mahathir.